HURAIAN :
- Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
- Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
- Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
- Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
- P dan Pa lambang kewanitaan.
- Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
- Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.
TAFSIRAN NAMA PUSPANITA
Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.
Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.