Friday 18 February 2011

Pengenalan Puspanita

PUSPANITA atau nama singkatannya Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.

Di peringkat awal penubuhannya, PUSPANITA melalui pelbagai proses bagi melengkapkannya sebagai sebuah persatuan yang berdaftar dan diterima oleh semua pihak terutamanya di peringkat pengurusan atasan dan ahli-ahli. Ahli-ahli Jawatankuasa protem ketika itu telah berusaha keras membentuk perlembagaan yang mengandungi butir-butir mengenai pertubuhan tersebut seperti visi, misi, tujuan penubuhan, keanggotaan serta tanggung-jawab Majlis Tertinggi (MT) dan Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT).

Bagi mengukuhkan kedudukan pertubuhan, Perlembagaan PUSPANITA telah menetapkan bahawa Isteri Perdana Menteri akan menjadi Penaung, Ketua Setiausaha Negara akan menjadi Penasihat dan dan isteri Ketua Setiausaha Negara adalah Yang Di Pertua kepada persatuan ini.

Di samping pembentukan perlembagaan, PUSPANITA telah berjaya menambahkan keahlian dari tahun ke tahun dan kini mempunyai lebih daripada 80,000 ahli. Satu lagi kejayaan yang amat dibanggakan adalah Rumah PUSPANITA di Jalan Hose, Kuala Lumpur dan PUSPANITAPURI sebagai pusat aktiviti dan mercu tanda kegemilangan. PUSPANITA juga mempunyai pakaian seragamnya yang tersendiri sebagai lambang penyatuan ahli-ahli.

Pelbagai program dan aktiviti telah disusun dan dilaksanakan oleh PUSPANITA untuk mencapai visi dan misinya. Antaranya adalah Rancangan Lima Tahun PUSPANITA, Tabung PUSPADARA PUSPANITA dan Tabung Latihan PUSPANITA. Kejayaan PUSPANITA adalah hasil kebijaksanaan kepimpinan penaung dan penasihatnya. Ini diikuti dengan kerjasama dan sokongan padu Majlis Tertinggi (MT), Jawatankuasa Kerja Tertinggi (JKT) serta warga PUSPANITA.

Wednesday 9 February 2011

Biro Sukan

Pengerusi Biro Sukan: Hjh. Haslina Yusof

Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh BIRO SUKAN
  1. Pertandingan Bowling, Anjuran Biro Sukan, Puspanita PUO


Biro Teknologi Maklumat (IT)

Pengerusi Biro IT: Puan Basariah bt Idris
AJK: Cik Hafizah Binti Abdullah @ Ali

Aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan oleh BIRO IT
  1. Kursus Penghasilan Blog
  2. Penghasilan Blog Puspanita PUO - http://puspanitapuo.blogspot.com
  3. Menyediakan pamplete, kad jemputan dan banner jemputan bagi Hari Wanita 2011 PUO


Biro Kebudayaan

Pengerusi Biro Kebudayaan: Puan Norliza bt. Md Zabidi
AJK: Puan Masarizan bt. Mohamed

Aktiviti yg telah jalankan oleh BIRO KEBUDAYAAN
  1. Malam Nostalgia P.Ramlee dan Saloma. (25.02.2011) pada pukul 8.30 mlm di Dewan Jubli Perak - Pameran untuk pakaian tradisional
  2. Jualan sempena AJM Puspanita JPP di Politeknik Tanjung (4.3.2011) - Menjual pakaian terpakai dan ikan pekasam.


Tuesday 8 February 2011

TABUNG PUSPADARA

SYARAT PERMOHONAN TABUNG PUSPADARA PUSPANITA

Sila baca dan fahamkan Surat pekeliling berikut sebelum memohon. KLIK UNTUK MUAT-TURUN surat pekeliling dalam bentuk format PDF.

Syarat-syarat permohonan bagi sumbangan kewangan daripada Tabung PUSPADARA PUSPANITA adalah seperti berikut(sama seperti Lampiran - A):-

i) Pemohon hendaklah terdiri daripada ahli PUSPANITA;

ii) Ahli keluarga iaitu suami dan anak-anak yang masih di bawah tanggungan ahli yang di bawah umur 21 tahun;

iii) Mendapat laporan lengkap daripada Pakar Perubatan Hospital Kerajaan atau Swasta mengenai penyakit yang dihidapi;

iv) Semua permohonan yang lengkap mestilah dikemukakan melalui Cawangan Kementerian/Negeri untuk pengesahan oleh Pengerusi atau Setiausaha sebelum dihantar kepada Urusetia Tabung PUSPADARA PUSPANITA peringkat Kebangsaan;

v) Jumlah sumbangan tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Tabung PUSPADARA PUSPANITA; dan

vi) Sumbangan adalah sekali seumur hidup bagi setiap pesakit (ahli/suami/anak).

Muat Turun Lampiran A.
Muat Turun Lampiran B.
Muat Turun Borang A - Pesakit
Muat Turun Borang B - Seminar





TABUNG LATIHAN

Pengerusi Tabung Latihan: Hjh Juhaida bt. Zakaria
AJK: Puan Normah

GARIS PANDUAN PERMOHONAN TABUNG LATIHAN PUSPANITA (TLP)

1. LATAR BELAKANG


Tabung Latihan PUSPANITA (TLP) telah ditubuhkan pada tahun 1998. Tabung ini telah dilancarkan pada 7 Ogos 1998 oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Siti Hasmah Hj. Mohd. Ali selaku Penaung PUSPANITA Kebangsaan pada masa itu. Kemudahan TLP ini adalah untuk kegunaan ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA. Tabung ini ditubuhkan adalah untuk memberi bantuan kewangan dalam sektor pendidikan kepada ahli dan anak-anak ahli PUSPANITA yang layak.

2. OBJEKTIF

Objektif Tabung Latihan PUSPANITA:

a) Tabung ditubuhkan untuk latihan dan kebajikan semua pelajar Malaysia tanpa mengira agama, kaum dan keturunan.
b) Tujuan-tujuan Tabung adalah seperti berikut: 


  • memberi maklumat berkenaan bidang-bidang kursus dan peluang-peluang pekerjaan kepada pelajar;
  • memberi khidmat kaunseling kerjaya kepada pelajar;
  • mengenalpasti institusi pendidikan yang bersedia memberi kursus;
  • membantu menampung yuran untuk kursus-kursus tertentu;
  • memberi insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang; dan
  • membantu dan membiayai lain-lain perbelanjaan yang berkaitan seperti kos perjalanan, sewaan             tempat tinggal dan sebagainya.

3. JENIS-JENIS PERMOHONAN

a) Bantuan Kewangan Pendaftaran
b) Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang
c) Subsidi Pembangunan Kerjaya Anak-Anak Ahli


4. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN TABUNG LATIHAN PUSPANITA

4.1 Bantuan Kewangan Pendaftaran

a) Permohonan adalah terbuka kepada ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif didalam persatuan;
c) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/1.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my;
d) Jumlah pendapatan keluarga tidak melebihi RM7,000.00;
e) Pengajian adalah diperingkat Sijil/ Matrikulasi/ Diploma/ Ijazah di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1;
f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh pendaftaran di IPTA dan lain-lain institusi yang telah diluluskan oleh Tabung Latihan PUSPANITA;
g) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/ Negeri; dan
h) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:

            i) Kad Ahli;
            ii) Resit Keahlian Terkini;
            iii) Kad Pengenalan Anak;
            iv) Sijil Kelahiran Anak;
            v) Slip gaji terkini dan penyata bank/ kad pencen ahli;
            vi) Surat Tawaran daripada institusi;
            vii) Resit Pembayaran Pendaftaran;
            viii) Muka hadapan buku akaun ahli/ slip pengesahan bank;
            * Mana yang berkaitan.

i) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh:

            i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau
            ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau
            iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/ Cawangan masing-            masing; atau
            iv) Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung.


4.2 Bantuan Insentif Pelajar Cemerlang

a) Permohonan adalah terbuka kepada semua ahli PUSPANITA yang telah menjadi ahli sekurang-kurangnya dua (2) tahun. Kemudahan ini turut dipanjangkan kepada anak-anak ahli;
b) Keutamaan akan diberikan kepada ahli-ahli yang aktif di dalam persatuan;
c) Bantuan Insentif ini diberikan hanya bagi pengajian peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah yang memperolehi CGPA 3.50 dan ke atas di institusi-institusi terpilih seperti senarai di Jadual 1;
d) Tiada had pendapatan ibu bapa;
e) Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Tabung Latihan PUSPANITA (BRG.TLP/1.09) yang boleh dimuat turun (download) melalui laman web PUSPANITA http://www.puspanita.org.my;
f) Permohonan hendaklah dikemukakan tidak lewat daripada satu (1) bulan mulai tarikh keputusan peperiksaan akhir dimaklumkan;
g) Permohonan hendaklah dibuat melalui Cawangan Kementerian/ Negeri;
h) Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:

            i) Kad Ahli;
            ii) Resit Keahlian Terkini;
            iii) Kad Pengenalan Anak;
            iv) Sijil Kelahiran Anak;
            v) Surat Akuan Tamat Pengajian daripada Institusi;
            vi) Keputusan peperiksaan akhir;
            vii) Muka hadapan buku akaun ahli/ slip pengesahan bank;

i) Salinan dokumen-dokumen tersebut hendaklah disahkan oleh:

            i) Pengerusi PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau
            ii) Setiausaha PUSPANITA Jabatan/ Cawangan; atau
            iii) Pegawai Kerajaan dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dari Jabatan/ Cawangan masing-            masing; atau
            iv) Penghulu/ Penggawa/ Ketua Kampung.


4.3 Subsidi Pembangunan Kerjaya
a) Permohonan adalah terbuka kepada semua Cawangan Kementerian dan Cawangan Negeri yang telah berdaftar;
b) Subsidi Pembangunan Kerjaya Tabung Latihan PUSPANITA hanya diberikan kepada program dan aktiviti yang berbentuk pembangunan kerjaya kepada pelajar-pelajar lepasan SPM dan ke atas sahaja;
c) Ibu bapa dibenarkan untuk turut serta dalam aktiviti dan program yang dianjurkan;
d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 31 Disember bagi setiap tahun;
e) Permohonan yang diterima lewat daripada tarikh yang telah ditetapkan tidak akan diproses;
f) Permohonan terbuka untuk program yang dianjurkan oleh Cawangan Kementerian/ Negeri sahaja;
g) Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Kertas Cadangan kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA. Kertas Cadangan tersebut haruslah mengandungi maklumat-maklumat berikut :

            i) Nama Cawangan Kementerian/ Negeri;
            ii) Tajuk Program;
            iii) Objektif / Tujuan Program;
            iv) Bilangan Peserta dan Kumpulan Sasaran Yang Mengikuti Program;
            v) Penceramah Jemputan;
            vi) Maklumat Aktiviti:
                   • Tarikh
                   • Masa
                   • Tempat
            vii) Atur cara Program;
            viii) Implikasi Kewangan;
            ix) Tandatangan Pengerusi atau Setiausaha Cawangan Kementerian/ Negeri;
            x) Format Kertas Cadangan seperti berikut:
                   • Saiz Font 12
                   • Font Arial
                   • 1.5 Spacing

(Contoh Kertas Cadangan seperti di Lampiran)

h) Semua Cawangan Kementerian dan Negeri yang telah berjaya mendapat Subsidi, perlu mengemukakan laporan penuh aktiviti/ program kepada Setiausaha Jawatankuasa Kerja Tabung Latihan PUSPANITA selepas dua (2) minggu dianjurkan. Laporan tersebut mestilah mengandungi laporan kewangan yang melibatkan pelbagai perbelanjaan serta dilampirkan semua resit dan invois yang berkaitan.


5. HAK PUSPANITA

5.1 Pertimbangan adalah tertakluk kepada peruntukan yang ada dan keputusan adalah muktamad;
5.2 PUSPANITA berhak untuk membuat sebarang perubahan kepada syarat dan kriteria tanpa perlu mengemukakan sebarang notis terlebih dahulu;
5.3 PUSPANITA berhak menarik balik bantuan sekiranya didapati pemohon memberi maklumat palsu; dan
5.4 PUSPANITA berhak menolak permohonan yang tidak lengkap, tidak menepati garis panduan, dan tidak memenuhi syarat kelayakan sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

6. URUS SETIA TABUNG LATIHAN PUSPANITA

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar Borang Permohonan Bantuan Kewangan Pendaftaran/ Borang Permohonan Insentif Pelajar Cemerlang/ Kertas Cadangan ke alamat berikut:

Setiausaha
Jawatankuasa Kerja
Tabung Latihan PUSPANITA
Rumah PUSPANITA, JKR 5171
Jalan Hose,
50460 Kuala Lumpur

(u.p:. PUAN SALBIAH IBRAHIM)
Telefon : 03 -2617 6089
H/P : 012 - 6641520





Download

  1. Borang Permohonan Keahlian PUSPANITA(48.00kb).
  2. Logo PUSPANITA dalam format *.jpg(27.40kb).
  3. Borang Tabung Latihan PUSPANITA.
  4. Lagu PUSPANITA Kebangsaan (3.41mb)