Tuesday 6 April 2010

LIRIK DAN LAGU

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Bulan bintang 14 penjuru
Lambang keutuhan barsatu-padu
Isteri pegawai kakitangan semua
Berganding bahu saling membantu

Sudah menjadi rasmi pembangunan
Isteri bersama memberi kebajikan
Disamping itu bertukar pandangan
Menambah ilmu serta pengetahuan

Bunga padi tanda keteguhan
Bergaul mesra tak kira keturunan
Beramah-tamah tak kira pangkat
Tujuan asas capai matlamat

PUSPANITA mengorak langkah
Peranan suri pendidik di asah
Sifat Kewanitaan meninggikan maruah
Perikemanusiaan menjadi falsafah

PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita
PUSPANITA, PUSPANITA, PUSPANITA
Tenaga isteri dan wanita

Senikata Oleh : Dato' Dr. Hajah Noor Laily Binti Dato' Abu Bakar

Monday 5 April 2010

LOGO PUSPANITA



HURAIAN :

  1. Bulan Bintang melambangkan negeri-negeri dalam Malaysia di mana ahli-ahli PUSPANITA dapat menyatupadukan tenaga.
  2. Buku melambangkan pengetahuan dan kemahiran yang perlu dipertingkatkan secara berterusan.
  3. Bunga Padi melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli wanita berbilang kaum dalam perkhidmatan awam.
    Bunga Raya melambangkan peranan persatuan ke arah pencapaian aspirasi dan matlamat pembangunan negara.
    P dan Pa lambang kewanitaan. 
  4. Warna Emas melambangkan kepentingan kualiti yang unggul sebagai teras kecemerlangan.
  5. Warna Ungu melambangkan kemuliaan sumbangan sukarela ahli-ahli.


TAFSIRAN NAMA PUSPANITA

Suri bermakna isteri pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

Anggota Wanita bermakna pegawai-pegawai wanita dan kakitangan wanita Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan.

Perkhidmatan Awam bermakna perkhidmatan Kerajaan di semua peringkat termasuk badan-badan berkanun.